Penaklukan Afrika Utara Penaklukan_Islam_di_Mesir

Selepas serbuan di Nubia di bahagian selatan, 'Amr memutuskan untuk meneruskan misi ke barat, agar sempadan barat Mesir dapat diperkuatkan dan membebaskan Cyrenaica, Tripolitania dan Fezzan daripada cengkaman Byzantine. Pada September 642, 'Amr mengetuai pasukan tenteranya ke barat. Selepas sebulan berarak, tentera Muslim tiba di kota Pentapolis. Dari Burqa, 'Uqbah bin Nafi dihantar bersama ketumbukannya untuk menguasai Fezzan. 'Uqbah mara ke Zaweela, ibu kota Fezzan. Tiada penentangan yang berlaku, dan seluruh daerah Fezzan, barat laut Libya kini, menyerah kepada ornag Islam. 'Uqbah kemudiannya kembali ke Burqa. Selepas itu, tentera Muslim mara menuju ke barat dan tiba di Tripoli pada musim bunga 643 lalu mengepung kota tersebut. Dari Tripoli, 'Amr menghantar pecahan tentera ke Sabratha, sebuah kota yang terletak empat puluh batu dari Tripoli. Kota itu menentang tetapi tidak terlalu hebat yang kemudiannya mengaku tewas dan bersetuju untuk membayar Jizyah. Dari Tripoli, 'Amr dilaporkan menulis surat kepada khalifah tentang operasei seperti beriku:

Kami telah menguasai Burqa, Tripoli dan Sabratha. Jalan ke barat semakin jelas, dan jika Amirul Mu'minin berkehendaki untuk menakluki lebih banyak tanah lagi, kami akan lakukannya, insya-Allah.

'Umar, yang tenteranya ketika itu sedang berhadapan dengan pertarungan hebat untuk menakluki Empayar Sasan tidak mahu melibatkan diri lagi dengan Afrika Utara, apabila kekuasaan orang Islam di Mesir masih belum betul-betul kukuh. Khalifah juga tidak bersetuju dengan sebarang kemaraan dan mengarahkan 'Amr agar menguatkan kedudukan orang Islam di Mesir, dan dengan tegasnya juga mengarahkan agar tiada lagi misi yang lanjut. 'Amr taat, meninggalkan Tripoli dan Burqa lalu kembali ke Fustat. Ini berlaku pada penghujung tahun 643.[41]